AM

Penganggur Terjun Sungai Rajang Ditemukan Lemas

02/03/2017 03:24 PM
SARIKEI, 2 Mac (Bernama) -- Seorang penganggur ditemukan lemas oleh orang awam tiga jam selepas dia terjun ke Sungai Rajang di jeti Kampung Seberang di sini kira-kira 10.20 malam semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sarikei, DSP Dominic Josip berkata lelaki itu dikenali sebagai Awang Ahmad Hasim Awang Sapudin berusia 37 tahun.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, mangsa berada di jeti itu bersama-sama seorang remaja lelaki sebelum dia terjun ke sungai dan berenang ke tebing hilir sungai namun tenggelam dan tidak kelihatan lagi.

"Remaja itu terus bergegas memaklumkan kejadian kepada abang lelaki itu. Mayatnya ditemukan tidak lama kemudian," kata Dominic dalam kenyataan hari ini

Mayat dibawa ke Hospital Sarikei dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan