AM

LKAN: PAC Akan Panggil Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah, Kementerian Kewangan

08/10/2025 08:06 PM

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah dan Kementerian Kewangan, masing-masing bagi memberikan penjelasan mengenai sistem e-Jamin dan pengurusan kenderaan kerajaan di bawah perjanjian konsesi berhubung Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025.

Bagaimanapun, Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata tarikh prosiding bagi dua isu  berkenaan akan ditentukan kemudian.

“Bagi prosiding untuk isu-isu di LKAN 3/2025, PAC akan memberikan tumpuan kepada tajuk-tajuk yang dikenal pasti mempunyai unsur penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan pembaziran serta ketirisan,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau berkata bagi tahun ini, jawatankuasa berkenaan telah membentangkan 14 Penyata PAC dan merancang membentangkan empat penyata bagi mesyuarat ketiga Dewan Rakyat kali ini.

Sementara itu, Mas Ermieyati berkata PAC akan mengadakan lawatan kerja untuk melihat perkembangan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS), namun tarikh lawatan itu akan dimaklumkan kelak.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan