JENAYAH & MAHKAMAH

ANAK KETUA POLIS DAERAH LAHAD DATU SELAMAT DIKEBUMIKAN

17/04/2024 09:27 PM

LAHAD DATU, 17 April (Bernama) -- Anak perempuan Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail berusia 14 tahun yang ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Taman Tabanak di sini semalam selamat dikebumikan petang ini.

Jenazah anak bongsu daripada empat beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Haji Khamis pada 5.30 petang. 

Terdahulu, proses bedah siasat telah dijalankan di Unit Forensik Hospital Lahad Datu manakala solat jenazah berlangsung di Masjid At-Taqwa Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di sini.

Turut hadir memberi penghormatan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah DCP Datuk Shahurinian Jais.

Dzulbaharin telah dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Lahad Datu yang baharu pada 1 April lepas menggantikan ACP Dr Rohan Shah Ahmad.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan