AM

SEMUA PIHAK DIMINTA SIAP SIAGA, SEGERA SALURKAN BANTUAN MANGSA BANJIR - AB RAUF

17/04/2024 03:17 PM

MELAKA, 17 April (Bernama) -- Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) diarahkan supaya siap siaga dan pada masa sama segera menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir termasuk di sekitar daerah Alor Gajah hari ini.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata beliau sendiri telah meminta Setiausaha Politiknya Abdul Hakim Abdul Wahid untuk turun padang menyantuni penduduk terjejas dan menyalurkan bantuan awal di Taman Masjid Tanah Ria, Masjid Tanah.

“Saya berdukacita dengan bencana banjir ini dan berharap semua penduduk bersabar dengan ujian yang berlaku dan dalam  masa sama, terima kasih atas bantuan awal berbentuk makanan kepada mangsa oleh Japerun Lendu.

“Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pejabat daerah juga diminta untuk siap siaga dan segera salurkan bantuan awal kepada mangsa banjir,”  katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.

Antara kawasan terjejas banjir ialah Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Padang Keladi, Kampung Taboh Naning, Pekan Lubok China, Kampung Sungai Jernih, Taman Masjid Tanah Ria, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Durian Tunggal dan Kampung Brisu dan Kampung Pulau.

Setakat 12 tengah hari ini, sebanyak 55 mangsa daripada 14 keluarga terjejas banjir telah ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Bukit Balai, Alor Gajah. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan