DUNIA

Ranking Pasukan Bola Sepak Vietnam Merudum Selepas Kekalahan Dalam Aksi Kelayakan

06/04/2024 12:19 AM

HANOI, 5 April (Bernama-VNA) -- Ranking Skuad bola sepak lelaki Vietnam turun 10 anak tangga kepada kedudukan ke-115 dalam ranking dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dikeluarkan pada Khamis berikutan aksi hambar pada kelayakan Piala Dunia 2026 Mac lepas. 

Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac menurut Persekutuan Bola Sepak Vietnam, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Vietnam kekal pada kedudukan ke-19 di Asia dan kedua di Asia Tenggara selepas Thailand yang kekal di kedudukan ke-101 di dunia. Sementara itu dengan 30.04 mata yang diperoleh daripada kemenangan ke atas Vietnam, Indonesia naik lapan anak tangga ke kedudukan ke-134 dalam ranking dunia. 

Ranking dunia pasukan lima teratas Asia kekal dengan Jepun (ke-18), Korea Selatan (ke-23), Australia (ke-24) dan Qatar (ke-34). 

Ranking dunia masih lagi diungguli Argentina, diikuti Perancis, Belgium dan England.

-- BERNAMA-VNA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan