KUANTAN, 29 Mac (Bernama) -- Kira-kira 30 hektar hutan di kawasan Jabatan Pertanian Inderapura di sini, dilaporkan terbakar akibat cuaca panas hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata pihaknya tiba di lokasi kebakaran pada 9.08 pagi tadi bagi menjalankan operasi pemadaman.
Beliau berkata operasi memadam kebakaran hutan jenis tanah gambut itu dijalankan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas dengan bantuan dari balai Maran dan Peramu.
“Anggaran kawasan yang terbakar ialah 30 hektar dan setakat ini pihak bomba sudah berjaya memadam 20 hektar daripada kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.
Beliau berkata setakat 10 malam ini operasi masih berjalan bagi memadam 10 hektar lagi kawasan yang terbakar selain menyekat api daripada merebak ke kawasan lain.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial