DUNIA

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Anjurkan Majlis Berbuka Puasa Untuk Mantan Peserta Mtcp Di Pakistan

29/03/2024 11:56 PM

NEW DELHI, 29 Mac (Bernama) -- Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Mohammad Azhar Mazlan menjadi tuan rumah kepada satu majlis berbuka puasa dengan bekas peserta Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).  

Majlis yang berlangsung di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad pada Khamis juga bertujuan untuk membina kerjasama rapat antara pegawai-pegawai dari kedua-dua negara.  

Pegawai-pegawai daripada kementerian utama di Pakistan merupakan antara tetamu di majlis itu. 

Pada majlis itu Azhar berkata Malaysia berminat untuk menarik lebih banyak penyertaan dari Pakistan dalam MTCP, satu inisiatif bagi Malaysia berkongsi pengalaman pembangunan dan kemahiran dengan negara membangun.   

Sebagai sebahagian daripada inisiatif libat urus itu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia menyumbangkan bahan keperluan pendidikan kepada Islamabad Model College for Girls pada Jumaat.

Pesuruhjaya Tinggi juga menyerahkan pelbagai barangan di premis sekolah itu, termasuk meja dan kerusi untuk murid-murid prasekolah dan beg alat tulis. 

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan