SHAH ALAM, 27 Mac (Bernama) -- Lelaki warga emas yang dilaporkan tersesat ketika mendaki bukit berhampiran Persiaran Shorea Seksyen U16 di sini, ditemukan meninggal dunia hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata mangsa berusia 64 tahun itu dijumpai oleh orang awam pada 7.50 malam.
Beliau berkata mangsa mendaki bukit berkenaan seorang diri pada 9.30 pagi semalam dan sempat menghubungi anaknya pada 3.43 petang setelah gagal menemukan jalan pulang.
“Susulan itu bomba melakukan gerakan mencari dan menyelamat namun gagal mengesan mangsa sehingga pada 7.50 malam tadi mangsa dijumpai oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk tindakan selanjutnya.
Mohd Iqbal berkata kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan diminta menghubungi Inspektor Saipol Paizi di 012-5781435 untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial