WASHINGTON, 26 Mac (Bernama-dpa) -- Dua individu telah diselamatkan susulan insiden jambatan utama di Baltimore, Maryland runtuh pada Selasa selepas sebuah kapal kargo melanggar struktur itu, kata pihak berkuasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Dalam sidang media, ketua jabatan bomba tempatan James Wallace berkata seorang lagi mangsa dalam keadaan kritikal.
Terdahulu, Jabatan Pengangkutan Maryland berkata "sekurang-kurangnya tujuh orang" terhumban dari Jambatan Francis Scott Key yang runtuh selepas dilanggar sebuah kapal.
Jabatan Bomba Baltimore memberitahu penyiar AS, CBS News bahawa "sekurang-kurangnya tujuh orang" berada di sungai dan pasukan penyelam dan penyelamat berada di tempat kejadian untuk mengesan kesemua mangsa.
Dali, kapal yang berdaftar di Singapura sepanjang 290 meter dalam perjalanan dari Baltimore ke Colombo, Sri Lanka sebelum melanggar jambatan itu.
Sementara itu, Gabenor Maryland Wes Moore telah mengisytiharkan darurat di negeri Amerika Syarikat itu berikutan insiden berkenaan.
-- BERNAMA-dpa
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial