"Dengan kemajuan kerja sebanyak 80.28 peratus di Terengganu dan 62.40 peratus secara keseluruhan, kita sebenarnya berada di landasan yang baik untuk projek siap sepenuhnya pada hujung Disember 2026.
"Di Terengganu kerja-kerja infrastruktur...sebahagian besar sudah diselesaikan. Selebihnya adalah kerja-kerja elektrifikasi, sistem dan sebagainya," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Bersama ECRL anjuran MRL dan China Communications Construction Sdn Bhd (CCC-ECRL) di sini, malam tadi.
Seramai 25 anak yatim dan pelajar Madrasah Tarbiyyah Islamiyah Darul Hijrah diraikan dalam majlis tersebut dan mereka turut menerima sumbangan duit raya dan cek bagi pembangunan madrasah.
Pembinaan projek ECRL di Terengganu merangkumi jajaran sepanjang 242 kilometer dari daerah Besut ke Kemaman.
Pembangunan turut melibatkan pembinaan enam stesen iaitu Stesen Jertih, Besut, Stesen Bandar Permaisuri, Setiu, Stesen Kuala Terengganu dan Stesen Kemasik, Kemaman yang akan berfungsi untuk mengangkut penumpang.
Sementara dua lagi stesen iaitu Stesen Dungun dan Stesen Chukai, Kemaman akan dibangunkan bagi tujuan pengangkutan kargo dan penumpang.
Jajaran ECRL sepanjang 665 dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak, Selangor dijangka siap pada Disember 2026.
Apabila siap kelak masa perjalanan dari Kuala Terengganu ke Terminal Bersepadu Gombak hanya akan mengambil masa kira-kira tiga jam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial