IPOH, 16 Okt (Bernama) -- Akaun Facebook rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Perak telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sejak tengah hari tadi.
Pemberitahuan itu dimuat naik dalam laman sesawang SPA negeri Perak melalui https://spa.perak.gov.my.
“Dimaklumkan bahawa Laman Facebook Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Sehubungan itu, dimohon supaya tidak melayari laman tersebut. Sebarang pemakluman lanjut akan dimaklumkan melalui laman web ini. Terima kasih,” menurut laman web tersebut.
Semakan mendapati terdapat beberapa video lucah dii muat naik di akaun Facebook tersebut sejak tengah hari tadi dengan kali terakhir pada kira-kira jam 9 malam tadi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial