EKONOMI

Myeg Nafi Kutip Yuran Secara Haram, Patuh Semua Peraturan Ditetapkan Kerajaan

14/09/2023 09:34 PM

KUALA LUMPUR, Sept 14 (Bernama) -- MyEG Services Bhd patuh sepenuhnya kepada semua terma dan syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia berhubung dengan penyediaan perkhidmatan, justeru,  kutipan yuran untuk perkhidmatan pembaharuan permit pekerja asing tidak dilakukan secara haram.

Penyedia perkhidmatan e-kerajaan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, penjelasan tersebut adalah berhubung artikel berita yang disiarkan di portal dalam talian New Straits Times dan Edge Malaysia pada 12 September yang mendakwa MyEG telah mengutip yuran secara haram untuk perkhidmatan pembaharuan permit pekerja asingnya walaupun digantung oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

MyEG berkata adalah juga menjadi polisi syarikat itu bahawa sekiranya perkhidmatan tidak berjaya disediakan, sebarang jumlah yang dikutip akan dikembalikan atas permintaan pelanggan.

Sementara itu, ia berkata artikel di portal berita tersebut juga menyatakan bahawa kontrak perkhidmatan MyEG dengan Jabatan Imigresen telah digantung sejak Februari tahun ini.

“Mengenai itu, kami juga ingin menjelaskan bahawa perkhidmatan konsesi MyEG tidak digantung sejak Februari tahun ini,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan