KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Tiada tanda-tanda faktor semula jadi dikenal pasti menyebabkan runtuhan tanah di kawasan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin di sini, tengah hari tadi.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata berdasarkan siasatan awal daripada Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR), kebocoran paip air bawah tanah kemungkinan menyumbang kepada insiden berkenaan.
"Bagaimanapun, JKR sedang menjalankan siasatan lanjut dan terperinci," kata Nanta menerusi hantaran di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau memohon kerjasama semua pihak supaya mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Nanta turut merakamkan simpati kepada mangsa yang terlibat dan berharap usaha mengenal pasti punca sebenar serta langkah mengawal runtuhan di lokasi kejadian dapat disegerakan.
Terdahulu, dilaporkan seramai 76 petugas pentadbiran MACA dan IIM berdepan detik cemas selepas berlaku runtuhan tanah di kawasan itu kira-kira 1.30 tengah hari.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial