BERITA TERGEMPAR   Kemalangan lori FRU : Angka kematian meningkat sembilan orang - Polis | 
 AM

Kejatuhan kerajaan PN harus diteladani kerajaan hari ini - Anwar

19/03/2023 12:36 AM

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) --  Kegelojohan merebut habuan kekuasaan dan jatuhnya kerajaan Perikatan Nasional harus diteladani oleh parti kerajaan hari ini mengenai keterlanjuran yang meruntuhkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Parti Keadilan Rakyat itu berkata jawatan meskipun penting, ia bukanlah segalanya dalam perjuangan.

"Kisah Perang Uhud wajar dijadikan pedoman dalam perjuangan siasah kita sebagai kerajaan yang masih baharu ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Pada masa sama, Anwar menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinan beliau bukanlah sempurna namun berusaha melakukan formula dan usaha terbaik untuk negara yang tidak dilakukan kerajaan sebelum ini.

"Kerjasama yang digalas bersama dengan parti yang lain setakat ini ternyata positif dan meyakinkan. Kerajaan ini juga tidak akan berkompromi dengan provokasi perkauman-agama yang boleh meruntuhkan usaha jangka panjang Kerajaan Perpaduan menyelamatkan negara ini,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan