AM

Tengku Zafrul kunjungi MB Kedah, lawat beberapa industri

03/02/2023 07:10 PM

ALOR SETAR, 3 Feb (Bernama) -- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengadakan kunjungan ke atas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di kediaman rasminya di Seri Mentaloon, di sini, hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya Tengku Zafrul berkata beliau berada di Kedah bagi melawat beberapa industri di negeri itu.

"Sebelum memulakan lawatan, kita ziarah tuan rumah dulu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi, di kediaman rasmi beliau, Seri Mentaloon. Ini merupakan lawatan pertama saya ke Kedah sebagai Menteri MITI.

"Kami berbincang mengenai hala tuju industri tempatan dan berkongsi pendapat bagi merancakkan pelaburan dan industri termasuk memakmurkan program "Negara Madani" di Kedah," katanya. 

Beliau berharap kunjungan itu dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara MITI dan Kerajaan negeri Kedah dalam memakmurkan sektor pelaburan dan industri negara.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan