BATANG KALI, 23 Dis (Bernama) -- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di sini, ditangguhkan 11 malam ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah memaklumkan kepada Bernama, walaupun cuaca baik, operasi ditangguhkan sementara atas faktor keselamatan dan akan bersambung 8 pagi esok.
Tinjauan Bernama setakat 11 malam ini mendapati kebanyakan pasukan penyelamat telah beredar dari lokasi pencarian, begitu juga dengan pengamal media.
Operasi mencari mangsa terakhir dipercayai seorang kanak-kanak lelaki dijalankan oleh pasukan SAR seawal 8 pagi tadi dengan tumpuan pencarian difokuskan di kawasan sektor C (riverside).
Tragedi tanah runtuh berlaku pada 2.42 pagi Jumaat lepas itu, setakat ini menyaksikan 61 selamat, 30 nyawa terkorban, manakala seorang lagi masih hilang daripada keseluruhan 92 mangsa yang dilaporkan terlibat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial