EKONOMI

Rizab antarabangsa BNM cecah US$110.3 bilion pada 15 Dis

22/12/2022 04:15 PM

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) mencapai US$110.3 bilion (US$1=RM4.4320) menjelang 15 Dis lepas berbanding US$109.7 bilion yang dicatatkan pada 30 Nov 2022. 

BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 5.3 bulan import barangan serta perkhidmatan dan 1.1 kali daripada jumlah hutang luar negera jangka pendek. 

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$98.5 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$5.5 bilion), emas (US$2.1 bilion) dan aset rizab lain (US$2.9 bilion).

Aset-aset itu merangkumi emas, pertukaran asing dan rizab lain yang terdiri daripada SDR (RM511.77 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.36 bilion), pinjaman serta pendahuluan (RM23.66 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) serta aset-aset lain (RM67.66 bilion).

Jelasnya lagi, modal dan liabiliti yang terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM166.89 bilion), mata wang dalam edaran (RM159.27 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM202.95 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM14.15 bilion), lain-lain deposit (RM35.98 bilion), kertas Bank Negara (RM6.51 bilion), peruntukan SDR (RM28.70 bilion) dan liabiliti lain (RM5.05 bilion).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan