EKONOMI

Timbalan Menteri MITI harap dapat bawa ekonomi Malaysia ke tahap lebih baik

19/12/2022 10:42 AM

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Liew Chin Tong berharap beliau dapat membantu kementerian untuk membawa ekonomi Malaysia ke tahap lebih baik. 

"Saya berharap boleh membantu Menteri MITI, bersama-sama pegawai kementerian membangunkan industri, meningkatkan pelaburan dalam dan luar negara serta mengukuhkan perdagangan dengan negara-negara luar," katanya kepada media selepas majlis 'clock-in' di Menara MITI di sini hari ini. 

Liew sebelum ini memulakan hari pertamanya sebagai Timbalan Menteri MITI apabila menghadiri Sidang Kemuncak Perniagaan ASEAN-Kesatuan Eropah (EU), iaitu sebahagian agenda Sidang Kemuncak ASEAN-EU, minggu lepas. 

Menurutnya terdapat perubahan besar dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini, dari segi dasar di Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) dan faktornya disebabkan antaranya oleh COVID-19 serta peperangan antara Ukraine dan Rusia. 

"Oleh itu, kita di Malaysia perlu memahami perubahan yang berlaku di negara-negara lain terutamanya di EU, AS dan China kerana ekonomi kita memerlukan blok-blok yang besar ini untuk berkembang," katanya.

Namun begitu, beliau menambah sememangnya suasana ekonomi sekarang ini memerlukan negara untuk berhadapan cabaran-cabaran akan datang.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan