KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) hari ini.
Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) menafikan dakwaan pengguna di aplikasi Twitter pada 11 Dis lepas, kononnya pihak RTM dijadikan alat propaganda kerajaan berdasarkan poster bertajuk ‘Tanggungjawab Rakyat’.
RTM menjelaskan bahawa kenyataan dipaparkan pada poster tersebut bukan suatu bentuk propaganda kerajaan sebaliknya lebih bersifat kepada tanggungjawab kerajaan kepada rakyat bagi menyebar maklumat serta dasar-dasar semasa kerajaan supaya tidak disalahertikan.
RTM juga memaklumkan bahawa penjelasan dasar kerajaan perlu sampai kepada rakyat dengan tepat mengguna pakai semua medium sedia ada.
Justeru, masyarakat disaran supaya sentiasa merujuk sumber rasmi bagi mendapatkan maklumat sahih dan terkini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial