AM

JMKMSiswa dilancar untuk ringankan kos sara hidup siswa

19/10/2022 08:26 PM

BANGI, 19 Okt (Bernama) -- Kerajaan menyediakan peruntukan RM1.2 juta untuk diagihkan kepada 20 universiti awam bagi melaksanakan program Jualan Murah Keluarga Malaysia Siswa (JMKMSiswa) yang  menawarkan diskaun sehingga 20 peratus untuk pembelian barangan keperluan siswa.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar berkata 13 premis koperasi dan tujuh unit keusahawanan di bawah 20 universiti awam dipilih menjadi pelaksana JMKMSiswa, dengan setiap universiti menerima RM60,000 bagi menyediakan insentif diskaun barangan keperluan itu.

“Penjual memberikan harga diskaun untuk barangan keperluan pelajar seperti makanan kering, buku, alat tulis, tambah nilai kad prabayar telekomunikasi dan barangan kegunaan harian lain,” katanya ketika merasmikan program JMKMSiswa itu di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini hari ini.

JMKMSiswa berkenaan berlangsung hari ini hingga 18 Dis bagi meringankan beban kos sara hidup mahasiswa.

Noh berkata inisiatif JMKMSiswa dilaksanakan susulan sambutan baik program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) yang dilaksanakan di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.

Dalam pada itu, terdapat 113 koperasi yang pada masa ini beroperasi secara aktif di universiti awam seluruh negara dengan jumlah aset bernilai RM549 juta dan perolehan tahunan mencecah RM160 juta.

-- BERNAMA 

 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan