AM

Mydin dan Bernama santuni Rumah Kanak-kanak Arau

14/08/2022 03:52 PM

ARAU, 14 Ogos (Bernama) -- Mydin Prihatin dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini melaksanakan tanggungjawab sosial  korporat (CSR) dengan menyantuni 145 orang penghuni Rumah Kanak-Kanak Arau.

Ketua Penyiaran TV dan Radio Bernama Arul Rajoo berkata aktiviti ini adalah merupakan hasil kerjasama Mydin dan Bernama sempena program Jom Kenali Bernama yang berlangsung sehingga hujung tahun.

"Sumbangan yang disalurkan adalah berupa barang keperluan dan baucar dengan nilai keseluruhan RM6,000," katanya kepada Bernama di sini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Penolong Pengarah Bahagian Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis Norazizah Sharif dan Timbalan Pengetua Rumah Kanak-Kanak Arau Mohd Hairi Hashim.

Dalam pada itu, Pengarah urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata dengan kenaikan kadar inflasi dan kos sara hidup akibat kenaikan harga barangan, MYDIN amat prihatin dan simpati dengan nasib golongan yang memerlukan khususnya anak-anak yatim, warga emas, asnaf dan fakir.

Beliau berkata MYDIN Prihatin merupakan inisiatif yang telah lama digerakkan bagi menyantuni golongan tersebut mendapatkan barangan keperluan harian seperti makanan asas, pakaian dan sebagainya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan