KOTA BHARU, 5 Dis -- Jumlah mangsa banjir di Rantau Panjang dekat Pasir Mas setakat 4 petang, kekal 33 orang yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh.
Menurut maklumat bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kesemua mereka membabitkan enam keluarga termasuk seorang warga emas dan 12 kanak-kanak.
Selain itu, portal rasmi banjir Jabatan Pengairan dan Saliran negeri memaklumkan setakat 4 petang ini, Sungai Golok di Rantau Panjang merekodkan melebihi paras waspada iaitu 7.97 meter (waspada 7 meter) dengan trend menaik.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial