PUTRAJAYA, 10 Jun -- Seramai 15,000 sukarelawan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan digerakkan bagi membantu proses pemberian vaksin, kata Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Beliau berkata sukarelawan terlibat ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), khidmat bantu di rumah JKM, Skuad Prihatin Negara, Skuad Waja, Jabatan Pembangunan Wanita dan Yayasan Kebajikan Negara.
"Sukarelawan akan digerakkan untuk membantu proses pemberian vaksin kepada kumpulan sasaran KPWKM, mempromosikan pendaftaran dan penyebaran maklumat sahih mengenai kebaikan vaksin COVID-19 serta membantu kumpulan sasaran yang amat memerlukan bantuan fizikal seperti Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas terlantar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Rina juga berharap masyarakat mengambil berat dan menjadi "mata dan telinga" kerajaan dengan melaporkan kes yang memerlukan bantuan segera seperti warga emas atau OKU yang berseorangan atau terlantar kepada saluran yang sesuai.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial