BERITA TERGEMPAR   Kemalangan lori FRU : Angka kematian meningkat sembilan orang - Polis | 
 AM

Malaysia-Jepun perkukuh komitmen pertingkatkan kerjasama pertahanan

16/04/2021 12:54 AM

KUALA LUMPUR, 15 April -- Malaysia dan Jepun memperkukuhkan komitmen masing-masing bagi meningkatkan lagi hubungan kerjasama pertahanan antara dua-dua negara.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatannya, Nobuo Kishian berkongsi komitmen tersebut semasa sidang video antara kedua-dua menteri yang diadakan pada Khamis (15 April) .

“Kedua-dua menteri pertahanan itu bersetuju untuk memelihara hubungan erat pada semua peringkat dan mengalakkan penerusan semula secara akrif ketelibatan antara kedua-dua pihak termasuk pertemuan dua hala antara kedua-dua kementerian, pertukaran latihan pasukan bersenjata dan kerjasama dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR).

“Semasa panggilan itu juga, kedua-dua menteri menerokai potensi bidang kerjasama dalam industri pertahanan," menurut kenyataan itu.

Kedua-dua menteri juga menyentuh mengenai isu-isu keselamatan serantau yang menjadi kepentingan dan keprihatinan bersama-sama termasuk isu Laut China Selatan, situasi di Myanmar dan Semenanjung Korea.

Malaysia dan Jepun menandatangani Memorandum Persefahaman mengenai hubungan kerjasama pertahanan dan pertukaran pada September 2018.

Kedua-dua pihak juga menandatangani perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan kerajaan Jepun Mengenai Pemindahan Peralatan dan Teknologi Pertahanan pada tahun sama," menurut kenyatan itu.

Berdasarkan asas hubungan ini, Malaysia akan terus menggalakkan pertukaran dan kerjasama pertahanan dengan Jepun.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan