BERITA TERGEMPAR   Kemalangan lori FRU : Angka kematian meningkat sembilan orang - Polis | 
 SUKAN

KUFC waspada berdepan skuad Projek FAM-MSN

15/04/2021 04:48 PM

KOTA BHARU, 15 April -- Biarpun dilihat mempunyai kelebihan, pemain tengah Kelantan United (KUFC) Muhamad Shahrul Hakim Rahim mengingatkan rakan sepasukan supaya berwaspada dengan cabaran Skuad Projek FAM-MSN menjelang pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium UiTM Shah Alam, Sabtu ini.

Pemain tengah berusia 26 tahun itu berkata beliau serta rakan sepasukan tidak boleh memandang rendah kemampuan dimiliki lawannya itu walaupun Skuad Projek FAM-MSN merupakan pendatang baharu dalam saingan Liga Premier musim ini.

"Pada perlawanan Sabtu ini, kami (KUFC) dianggap sebagai pasukan pilihan namun kami perlu menghormati skuad kendalian Yusri Che Lah itu,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

KUFC ketika ini berada di kedudukan keenam Liga Premier dengan mengumpul 10 mata selepas tujuh perlawanan, manakala Skuad Projek FAM-MSN di tangga tercorot dengan satu mata daripada lapan perlawanan.

Muhamad Shahrul Hakim berkata pasukannya perlu melakukan persiapan rapi andai mahu meraih tiga mata penuh pada perlawanan tersebut.

"Walaupun dibarisi pemain kurang berpengalaman, Skuad Projek FAM-MSN turun tanpa tekanan. Kami tidak boleh leka dan paling penting kami mahu meneruskan momentum kemenangan untuk memberikan cabaran kepada pasukan teratas,” katanya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan