EKONOMI

BIMB terbit 222.22 juta saham baharu bagi raih RM795.6 juta

13/04/2021 08:11 PM

KUALA LUMPUR, 13 April -- BIMB Holdings Bhd akan menerbitkan 222.22 juta saham baharu, mewakili 12 peratus daripada modal terbitan saham untuk meraih RM795.6 juta.

Katanya langkah penetapan harga berkaitan penempatan sahamnya telah disempurnakan hari ini dan telah menerima lebihan langganan daripada pemegang saham sedia ada dan pelabur baharu. 

Lembaga Pengarah telah menetapkan harga terbitan pada kadar RM3.58 sesaham penempatan, mewakili diskaun kira-kira 9.4 peratus pada Harga Purata Harian Saham BHB untuk lima hari urus niaga sehingga dan termasuk 12 April 2021 iaitu RM3.9521 sesaham. 

Secara berasingan, bank telah memaklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa sekuriti BIMB akan menyambung semula dagangan pada Rabu jam 9 pagi.

Dagangan BIMB digantung sehingga 5 petang hari ini, sementara menunggu pengumuman penting berhubung langkah pengumpulan dananya.

BIMB sedang melakukan langkah penstrukturan semula yang dijangka selesai pada Ogos, dengan anak syarikat milik penuhnya, Bank Islam Malaysia Bhd akan mengambil alih status penyenaraian BIMB di Pasaran Utama.

Pengendali bursa saham telah meluluskan permohonan itu pada Isnin.

Saham kumpulan kewangan itu diniagakan kali terakhir pada RM3.94.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan