JEDDAH,13 April -- Saudi Arabian Airlines (SAUDIA), syarikat penerbangan Arab Saudi, pada Isnin mengumumkan perjanjian kerjasama dengan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) untuk percubaan Pas Perjalanan IATA , bertujuan menyediakan perjalanan antarabangsa yang selamat dan membantu pemulihan sektor penerbangan daripada kesan pandemik COVID-19.
Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan Pas Perjalanan IATA ialah aplikasi mudah alih yang membolehkan penumpang membuat pasport digital mengandungi data ujian saringan dan vaksin, boleh dikongsi secara selamat, bagi memastikan peraturan kesihatan dipatuhi ketika pelepasan dan ketibaan ke lokasi tujuan.
SAUDIA sedia untuk memperkenalkan pas perjalanan IATA di rangkaiannya, bermula dengan percubaan di laluan Kuala Lumpur - Jeddah pada 19 April 2021. Pelanggan SAUDIA diminta mengunjungi makmal yang ditentukan di Malaysia untuk melengkapkan syarat ujian PCR.
Keputusan ujian boleh dimuat naik di Aplikasi Perjalanan IATA untuk digunakan dalam perjalanan ke Arab Saudi.
SAUDIA is among the world’s leading airlines to partner with IATA on this important initiative that will assist in providing seamless travel free of the hassles facing passengers as they cross borders.
SAUDIA antara syarikat penerbangan terkemuka dunia yang bekerjasama dengan IATA untuk menyediakan perjalanan tanpa halangan.
Susulan percubaan itu, IATA akan berusaha membangunkan aplikasi baharu supaya dapat digunakan di seluruh rangkaian SAUDIA.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial