AM

Program Agropreneur Muda buka peluang untuk usahawan muda

10/04/2021 05:41 PM

KANGAR, 10 April  -- Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menganjurkan Program Agropreneur Muda (PAM) bagi memberikan pendedahan asas kepada golongan muda yang berminat untuk menceburi bidang pertanian.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata program itu adalah untuk menyediakan kemahiran asas kepada golongan muda berumur antara 18 hingga 40 tahun yang berminat untuk menjadikan pertanian sebagai satu kerjaya.

“Jika ada anak muda yang berminat untuk menceburi bidang pertanian, mereka boleh berhubung terus dengan pihak jabatan (Jabatan Pertanian) berdekatan bagi mendapat maklumat dan nasihat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jelajah Agropreneur Muda (JAM) Negeri Perlis di Hotel Seri Malaysia.

Che Abdullah berkata program tersebut merangkumi bidang tanaman, ternakan, perikanan, industri makanan, agropelancongan dan pemasaran.

Katanya untuk tahun ini pihak kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM15 juta bagi membantu 750 usahawan muda di negara ini di bawah Geran Agropreneur Muda (GAM).

Pada tahun lepas, seramai 6,908 orang agropreneur muda di seluruh negara telah menerima geran GAM berjumlah RM121.97 juta.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan