AM

Kumpulan kedua Sinovac dijangka tiba bulan ini

08/04/2021 08:25 PM

KUALA LUMPUR, 8 April -- Kumpulan kedua vaksin COVID-19 Sinovac buatan China dijadual tiba di Malaysia bulan ini, kata Duta China ke Malaysia Ouyang Yujing.

Penghantaran kumpulan kedua itu terdiri 2.5 juta dos.

Katanya, sehingga September secara keseluruhan Malaysia dijangka menerima 14 juta vaksin CoronaVac Sinovac.

Beliau berkata demikian semasa melawat ibu pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini, Khamis.

Malaysia mula melancarkan vaksinasi menggunakan Sinovac pada 18 Mac selepas menerima penghantaran pertama pada 27 Februari.

Selain vaksin Sinovac, Malaysia juga merancang membeli vaksin CanSino COVID-19 yang merupakan vaksin dos tunggal.

Dilaporkan juga syarikat swasta tempatan Kanger International Bhd (Kanger) akan membeli satu lagi vaksin COVID-19 dari China National Pharmaceutical Group Corporation (Sinopharm).

Malaysia menyasarkan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada lebih 31 juta penduduknya akan menerima suntikan di bawah program imunisasi kebangsaan yang sudah bermula Februari lalu, 20 peratus penduduk dijangka menerima vaksin Sinovac.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan