BERITA TERGEMPAR | Kemalangan lori FRU : Angka kematian meningkat sembilan orang - Polis | |
KUALA LUMPUR, 8 April -- Kualiti aset bank-bank terbesar di Malaysia lebih berdaya tahan terhadap gangguan ekonomi yang disebabkan oleh koronovirus berbanding bank serantau yang setaranya seperti di Indonesia, Filipina dan Thailand - pasaran sedang pesat membangun yang utama di Asia Tenggara, demikian menurut Moody's Investors Service.
Ketahanan ini, berserta penampan modal dan mudah tunai yang kuat, akan membolehkan bank-bank Malaysia memperoleh kembali keuntungan dengan lebih cepat berbanding rakan serantau yang lain.
"Walaupun berlakunya kejutan ekonomi yang dicetuskan oleh pandemik, kualiti aset bank-bank terbesar di Malaysia tetap kukuh berikutan tumpuan utama mereka terhadap pinjaman runcit yang sebahagian besarnya terjamin, dikawal selia dengan baik serta disokong oleh aset kewangan yang melimpah,” kata penganalisis Moody's Tengfu Li.
Bank-bank terbesar di Malaysia mempunyai bahagian pinjaman terkecil di bawah program bantuan peraturan berbanding rakan serantau, yang kebanyakannya adalah gadai janji dan pinjaman automatik yang bercagar, katanya.
Sebaliknya, pinjaman yang dilindungi oleh langkah-langkah sokongan pengawalseliaan di negara-negara lain adalah pinjaman yang terutama terdedah kepada perniagaan yang mengalami aliran tunai langsung dan tidak memberikan jaminan atau cagaran.
Kualiti aset yang lebih kuat ini akan membantu bank-bank Malaysia mendapatkan semula keuntungan lebih cepat daripada bank setaranya kerana risiko aset yang lebih rendah akan menyelamatkan mereka keperluan untuk mengekalkan peruntukan setinggi berbanding dengan yang lain.
Lebih-lebih lagi, penampan modal dan kecairan bank - walaupun tidak setinggi dengan bank setaranya -- masih kuat dan cukup untuk menampung kemungkinan terhadap sebarang tekanan kewangan, tegasnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial