EKONOMI

Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$108.6 bilion pada 31 Mac, 2021

07/04/2021 04:25 PM

KUALA LUMPUR, 7 April -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$108.6 bilion pada 31 Mac, 2021 berbanding US$109.2 bilion pada 15 Mac, 2021.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata kedudukan rizab itu adalah memadai untuk membiayai 8.8 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing, jelasnya.

BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (US$100.9 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.2 bilion), emas (US$2.1 bilion) dan lain-lain aset rizab (US$3.0 bilion).

Aset-aset berkenaan merangkumi emas dan pertukaran mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR bernilai RM451.0 bilion, Kertas Kerajaan Malaysia (RM11.46 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.60 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM19.17 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) serta aset-aset lain (RM11.96 bilion).

Menurut bank pusat itu lagi  modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM174.82 bilion), mata wang dalam edaran (RM139.40 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM152.47 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM3.49 bilion), lain-lain deposit (RM13.02 bilion), kertas Bank Negara (RM7.22 bilion), peruntukan SDR (RM7.91 bilion) dan lain-lain liabiliti (RM4.99 bilion).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan