KUALA LUMPUR, 30 Jan -- Mestron Holdings Bhd hari ini mengulangi bahawa pihaknya telah menerima surat kebenaran daripada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memulakan rundingan dan kerjasama dengan mana-mana syarikat dari China berhubung pengedaran vaksin COVID-19 di Malaysia.
Dalam kenyataan hari ini, Mestron menjelaskan surat bertarikh 8 Jan, 2021 membolehkan pihaknya mengadakan perbincangan dan kerjasama mengenai pengimportan, pengedaran, penjualan, pemasaran dan penggunaan vaksin COVID-19 di negara ini.
Mestron kini dalam proses rundingan dengan Zhongyu Yexing (Chengdu) Industrial Co., Ltd. mengenai perincian bagi potensi kerjasama.
“Selepas kami menetapkan terma-terma dengan Zhongyu Yexing, kami akan menghantar permohonan kepada Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) untuk mendaftarkan dan memperoleh kelulusan bagi pengedaran vaksin COVID-19 di Malaysia,” menurutnya.
Pada Jumaat, Mestron menandatangani Perjanjian Dasar Induk dengan Zhongyu Yexing untuk memulakan perbincangan mengenai struktur dan terma-terma cadangan kerjasama yang berkaitan dengan pengedaran vaksin COVID-19 di Malaysia.
Kedua-dua pihak menjangka dapat memuktamadkan dan memeterai perjanjian definitif dalam tempoh 30 hari selepas perbincangan dan rundingan selesai.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial