DUNIA

Angka korban wabak koronavirus di China cecah 25 orang

26/01/2020 11:42 AM

ANKARA, 24 Jan -- Sekurang-kurangnya 25 orang maut akibat penularan wabak virus pernafasan baharu di China, kata Suruhanjaya Kesihatan Negara itu pada Jumaat. 

Menurut agensi Anadolu, suruhanjaya itu telah merekodkan 830 kes jangkitan di seluruh negara sejak wabak koronavirus baharu pertama kali dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) oleh pegawai China pada 31 Disember, di bandar Wuhan, ibu kota wilayah Hubei di tengah China. 

Hanya dua kawasan autonomi Tibet dan Qinghai, tiada kes dilaporkan.

Suruhanjaya itu berkata 177 orang yang dijangkiti dilaporkan dalam keadaan serius.

Menurut laporan, 24 orang yang maut itu menetap di Wuhan.

Virus itu telah merebak ke bandar-bandar utama termasuk Beijing, Shanghai, Chongqing, Guangzhou dan Shenzhen, jumlah kes di Hubei sahaja mencecah 444.

Pegawai kesihatan berkata jumlah pesakit di bawah pemerhatian meningkat 8,420 dan mereka yang cenderung membawa virus itu pula seramai 1,072.

Pihak berkuasa di Wuhan berkata aktiviti semua agensi pelancongan telah digantung dan tarikh pembukaan sekolah juga ditunda.  

Kementerian Kewangan telah memperuntuk 1 bilion yuan (US$144 juta) untuk memerangi wabak di Wuhan.

Virus ini sama dengan virus yang mempunyai kaitan dengan sindrom pernafasan akut yang teruk (SARS)

Pada Khamis lapangan terbang dan stesen kereta api di Wuhan ditutup kepada penumpang untuk perjalanan keluar,  pengangkutan awam turut digantung .

Sehingga Rabu, masing-masing seorang di Hong Kong dan di Macao telah dijangkiti virus itu.

Virus itu turut dikesan di Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, Thailand, Singapura dan Arab Saudi.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan