True Bangkok United juara edisi sulung SAC 2020 [ 6h ago ]

Dewan Negara bertafakur seminit peringati pemergian dua Senator

Tarikh kemaskini: 09/12/2019
KUALA LUMPUR, 9 Dis -- Dewan Negara pagi ini bertafakur selama seminit dan merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Senator Datuk M. Sambanthan dan Senator Datuk Ong Chong Swen yang meninggal dunia baru-baru ini.

Mendiang Sambanthan yang juga presiden Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) meninggal dunia pada 15 Okt lepas akibat serangan jantung, mengangkat sumpah sebagai senator buat kali pertama pada 25 Sept 2017.

Sementara Ong yang merupakan setiausaha agung Wanita MCA Kebangsaan merangkap Ketua Wanita MCA Selangor meninggal dunia pada 18 Nov lepas, mengangkat sumpah sebagai senator pada 19 Feb 2018.

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S.A. Vigneswaran mewakili Dewan Negara menzahirkan rasa dukacita dan sedih dengan pemergian kedua-dua senator berkenaan yang merupakan satu kehilangan besar buat negara.

“Segala jasa dan khidmat yang dicurahkan akan sentiasa dikenang oleh dewan ini. Semoga keluarga mendiang tabah dalam menghadapi ujian ini,” katanya.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu