POLITIK

PH junjung prinsip muafakat, tiada parti paling kuat

08/12/2019 05:33 PM

IPOH, 8 Dis -- DAP bukan parti terkuat dalam Pakatan Harapan (PH) tetapi sebaliknya semua parti di dalam pakatan itu berpegang teguh pada prinsip muafakat.

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berkata dakwaan pihak pembangkang bahawa DAP merupakan parti paling kuat di dalam PH adalah fitnah berniat jahat.

"Kami mengamalkan sikap hormat menghormati, sayang menyayangi dan berpegang teguh kepada muafakat termasuk dalam membuat sebarang keputusan," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Krismas anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Negeri Perak (PCCCI) di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata selain menjunjung muafakat, parti di dalam PH termasuk Parti Amanah Negara, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, dan Keadilan turut mendukung agenda reformasi sebagai prinsip utama.

Katanya semua keputusan dibuat secara muafakat berdasarkan kepercayaan kepada tanggungjawab bersama, dan kepimpinan bersama.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan