AM

Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu terus menyusut

06/12/2019 07:09 PM

KUALA LUMPUR, 6 Dis -- Keadaan banjir di dua negeri di Pantai Timur semakin pulih dengan penurunan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS). 

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir di negeri itu berkurangan kepada 5,627 orang sehingga pukul 5 petang ini berbanding 7,519 orang pada sebelah pagi ini.

Jumlah itu membabitkan 2,151 buah keluarga berbanding sebelum ini 2,977 buah keluarga.

Menurut Aplikasi InfoBencanaJKM, jumlah itu membabitkan mangsa 3,261 orang (1,302 keluarga) di 10 PPS Pasir Mas sementara di Tumpat seramai  2,366 mangsa (849 keluarga).

Di TERENGGANU pula, hanya dua PPS masih beroperasi pada petang ini yang menempatkan 195 mangsa daripada 53 keluarga, berbanding 253 mangsa daripada 69 keluarga tengah hari ini.

Ketika ini, hanya Kuala Nerus sahaja satu-satunya daerah yang masih terjejas dengan banjir di Terengganu.

 Di JOHOR, keadaan banjir pulih sepenuhnya dengan penutupan sebuah PPS di daerah Baru Pahat pada pukul 10 pagi ini.

Di SARAWAK, PPS di Dewan Masyarakat Trusan, Lawas yang menempatkan 93 mangsa ditutup 4.30 petang ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar Ismail Mahedin dalam satu kenyataan hari ini berkata, kesemua 19 keluarga dari lapan buah kampung yang terjejas telah kembali ke rumah masing-masing.

Sementara itu, di PAHANG, Ketua Polis negeri Datuk Abd Jalil Hassan memaklumkan sebanyak 661 PPS dengan kapasiti yang boleh menampung 155,900 orang telah dikenal pasti di Pahang sebagai persediaan menghadapi banjir. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan