BERITA TERGEMPAR   Thailand's Constitutional Court Tuesday suspended PM Paetongtarn pending deliberation of a leaked phone call case | 
 AM

Pusat Penempatan Sementara ibarat berkumpul adik-beradik

06/12/2019 06:29 PM

KOTA BHARU, 6 Dis -- Situasi banjir yang dialami masyarakat Kelantan khususnya mangsa yang berpindah di Pusat Pemindahan Sementara (PPS)  kelazimanya akan mengalami perasaan sedih dan gelisah, apabila rumah mereka dinaiki air, namun terdapat cerita kegembiraan disebalik musibah bencana itu.

Cerita kegembiraan itu dapat dilihat apabila mangsa banjir di PPS, hidup sebagai sebuah keluarga yang besar untuk berkumpul  pada setiap tahun.

Tinjauan Bernama dibeberapa PPS mendapati rata-rata mangsa telah melalui situasi banjir sepanjang tahun dan menjadikan PPS sebagai rumah kedua atau rumah 'orang tua', kepada adik beradik untuk berkumpul.

Mangsa banjir, Norazila Abdul Rahim, 44, berkata beliau bersama  ahli keluarganya setiap  tahun akan berpindah di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jarum, Tok Uban, Pasir Mas memandangkan rumah yang didiami di Kampung Bujuk dinaiki air.

"Boleh katakan sekolah ini menjadi rumah kedua kepada kami dan penduduk kampung lain untuk berkumpul, dan hidup sebagai keluarga kerana kebiasaan kami akan tinggal di sini dalam tempoh yang lama, seminggu atau dua minggu.

"Kesemua penduduk kampung telah saling mengenali dan membantu antara satu sama lain, bagi memastikan PPS dalam keadaan bersih, ceria dan selesa," katanya kepada Bernama.

Norazila berkata penduduk di kampung terbabit  sudah terbiasa dengan situasi banjir itu malah telah menjadi sebahagian aktiviti tahunan, kepada penduduk kampung berkenaan.

"Kami tidak merasakan apa-apa kerana setiap tahun akan berpindah, kami hanya penat pulang dari PPS untuk membersihkan rumah, yang ditinggalkan selepas dinaiki air," katanya.

Bagi Azizah Mohammad, 45, berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk berpindah di PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Kelewek, Tanah Merah, berikutan mangsa ditempatkan di PSS terbabit merupakan terdiri dari mangsa yang sama setiap tahun.

"Ada mangsa berpindah di sini dari kampung berlainan, ia peluang kepada kami untuk kenal mengenali satu sama lain, malah menjadi rapat untuk melakukan aktiviti selepas banjir.

"Mana tidaknya sepanjang berada di sini kami akan melakukan aktiviti secara bergotong royong, masak, membersih kawasan PPS dan melalui cara ini, kami dapat melahirkan perasaan kemesraan antara antara satu sama lain, walaupun secara hakikatnya rata-rata daripada kami telah menanggung kerugian akibat banjir," katanya.

Sementara itu Muhammad Shahril Musa, 29, dari Kampung Bukit Jarum berkata kebiasaannya banjir di kampung terbabit akan mengambil masa seminggu, disebabkan air lambat surut ditambah dengan cuaca hujan menyebabkan penduduk yang berpindah di PPS SK Bukit Jarum, menjalani kehidupan sebagai sebuah keluarga yang besar.

"Rata-rata rumah dinaiki air setinggi paras pinggang dan mungkin mengambil masa seminggu  untuk surut, itupun bergantung kepada cuaca, di PPS seperti suasana hari raya, masing-masing dilayan seperti keluarga baik untuk  makan, keselamatan harta benda dan diri," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan