True Bangkok United juara edisi sulung SAC 2020 [ 6h ago ]

Tunku Azizah naik tren ke KLIA, curi tumpuan rakyat

Tarikh kemaskini: 06/12/2019
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (Sumber: IG - Istana Negara)
KUALA LUMPUR, 6 Dis -- Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini sekali lagi mencuri tumpuan rakyat apabila baginda berkenan mencemar duli menaiki tren KLIA Ekspres untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari KL Sentral.

Dalam catatan di laman Instagram rasmi Istana Negara (istana_negara), Tunku Azizah dijadual berangkat ke India bagi menerima persembahan Anugerah Kraf Antarabangsa yang akan berlangsung di New Delhi, esok.

“Merafak sembah tahniah Seri Paduka Baginda Tuanku. Daulat Tuanku,” menurut catatan di laman itu yang turut menyertakan empat foto Tunku Azizah yang antara lain mempamerkan baginda kelihatan ceria ketika berada di dalam tren tersebut.

Perkongsian itu turut mendapat lebih 20,000 likes dengan netizen menyatakan kekaguman terhadap sikap merendah diri Raja Permaisuri Agong di ruangan komen laman Instagram itu.

Seorang pengguna Instagram aidahmustafa berkata: “Rasanya ini lah pertama kali kot seorang yang bergelar Raja Permaisuri Agong naik ERL. So humble. Daulat Tuanku.”

Pemilik akaun bernama ana_razak pula menulis : "Daulat Tuanku...love u my Queen..!”.

Sementara seorang lagi pengguna Instagram nasaruddinsharani mencoretkan: Ya Allah mulianya hati tuanku boleh naik tren je.. ‘simple’ hidup tuanku, saya bagi 100 bintang...daulat tuanku.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu