AM

Tujuh ditahan disyaki terlibat 'Macau Scam'

03/12/2019 07:08 PM

KUALA LUMPUR, 3 Dis -- Polis menahan lima lelaki dan dua wanita warga tempatan yang disyaki terlibat dengan sindiket ‘Macau Scam’ di sebuah hotel bajet di Kepong di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP S. Shanmugamoorthy Chinniah berkata serbuan pada Khamis lepas itu susulan siasatan terhadap laporan diterima daripada seorang wanita yang mengalami kerugian kira-kira RM33,000 selepas ditipu pada 19 Nov lepas.

Beliau berkata sindiket itu menjalankan operasi di bilik sewa hotel berkenaan dan dipercayai aktif sejak tiga bulan lepas.

"Sindiket ini menggunakan Voice over Internet Protocol untuk melakukan penipuan melalui telefon dan mengatakan mangsa mempunyai hutang yang perlu diselesaikan dengan pihak bank," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini, hari ini.

Katanya polis turut merampas kertas yang mengandungi skrip percakapan untuk menipu mangsa selain telefon bimbit dan komputer riba dalam serbuan itu.

Tambahnya, kesemua suspek yang ditahan berusia 25 hingga 30 tahun dan polis masih mencari saki-baki ahli sindiket tersebut yang masih bebas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan