AM

Sultan Nazrin berkenan sertai Larian Hari Keputeraan

17/11/2019 09:11 AM

KUALA KANGSAR, 17 Nov -- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak di Dataran Pavillion di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan isteri Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohd Radzi serta ketua-ketua jabatan.

Larian itu diadakan sempena Hari Keputeraan baginda ke-63 yang disambut pada 1 Nov lepas disertai hampir 8,000 orang.

Sultan Nazrin berkenan melepaskan peserta bagi kategori 15 kilometer (km), 10 km dan 6.5 km manakala peserta kategori tetamu kehormat VVIP yang melibatkan jarak 2 km dilepaskan oleh Raja Datuk Seri Yong Sofia, adinda Sultan Nazrin.

Acara yang bermula pada 6.45 pagi itu disertai 4,500 peserta bagi kategori 15 km,10 km dengan 2,500 peserta dan 6.5 km dengan 350 peserta manakala kategori VVIP disertai 300 peserta.

Larian itu juga sertai oleh beberapa pemain sepak takraw dan pemain hoki Perak.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan