BERITA TERGEMPAR | Malaysia hopes ASEAN-Canada Free Trade Agreement negotiations can be concluded soonest possible for mutual benefit - PM Anwar | |
PONTIAN, 16 Nov -- Pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P165 Tanjung Piai di Johor bermula 8 pagi ini dan dijangka berakhir 5.30 petang.
Sebanyak 27 pusat mengundi membabitkan 125 saluran dibuka bagi membolehkan pengundi memilih wakil rakyat baharu.
Seramai 52,471 pengundi dalam Parlimen Tanjung Piai akan menunaikan hak mereka untuk memilih wakil rakyat baharu hari ini, selepas kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik daripada Bersatu yang mewakil Pakatan Harapan (PH) pada 21 Sept lepas akibat komplikasi jantung.
Pilihan raya itu menyaksikan pertandingan enam penjuru antara calon PH Karmaine Sardini, calon Barisan Nasional (BN) daripada MCA Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, calon Gerakan Wendy Subramaniam dan Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz; serta dua calon Bebas, Dr Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar.
PRK berkenaan merupakan pilihan raya kesembilan sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei tahun lepas.
Pada Selasa lepas, sebanyak 91 peratus daripada 280 pengundi awal terdiri daripada anggota dan pegawai polis telah pun melaksanakan tanggungjawab masing-masing di Bangunan Perkep, Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian.
Daripada keseluruhan pusat mengundi yang dibuka, sebanyak 11 adalah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pekan Nanas manakala 16 lagi di DUN Kukup.
Berikut adalah perkembangan mutakhir perjalanan PRK Parlimen Tanjung Piai:
7.49 pagi - Calon BN Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng tiba di SJKC Yu Ming untuk mengundi.
8.05 pagi - Calon BN Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng dan isteri, Datin Seri Lim Joo Hon selesai mengundi di SJKC Yu Ming.
8.05 pagi - Calon PH Karmaine Sardini selesai mengundi di SK Telok Kerang.
8.15 pagi - Calon Bebas Dr Ang Chuan Lock bersama isteri Lim Keng Keng, melawat pusat mengundi SJKC Cheow Min
8.54 pagi - Warga Emas berbaju Bendera Malaysia, Mohammad Noh Osman, 63, yang antara yang terawal hadir untuk menunaikan tanggungjawab untuk mengundi di SK Pengkalan Raja.
9 pagi - Setiausaha SPR Datuk Mohamed Elias Abu Bakar meninjau proses mengundi di SJKC Yu Ming 1 & 2, Pekan Nanas
9.05 pagi - Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun meninjau pusat mengundi di SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nanas
9.35 pagi - Calon Gerakan Wendy Subramaniam meninjau pusat mengundi SJKC Yu Ming 1 & 2
9.58 pagi - Seorang wartawan RTM Najihah Harun, 25, antara petugas media yang telah selesai mengundi di SK Pengkalan Raja
10.06 pagi - Pasangan suami isteri Oh Chuan Kwee, 84, dan Chang Gek Kee, 81, menggunakan perkhidmatan buggy yang disediakan untuk mengundi di SMK Dato Mohd Yunus Sulaiman, Pekan Nanas
10.26 pagi - Peratusan pemilih yang keluar mengundi pada PRK Tanjung Piai ialah 13 peratus setakat 9 pagi tadi - SPR
10.28 pagi - Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar tiba di pusat mengundi di SK Pekan Nanas bagi meninjau proses mengundi PRK Tg Piai.
10.33 pagi - Calon Gerakan Wendy Subramaniam meninjau pusat mengundi SK Pekan Nanas
10.36 pagi - Peratusan keluar mengundi bagi PRK P.165 Tanjung Piai ialah 25 peratus sehingga jam 10.00 pg - SPR.
10.43 pagi - Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun memantau proses pengundian di SJKC Cheow Min
11.02 pagi - Calon Berjasa, Datuk Dr Badrulhisham Abdul Aziz meninjau proses pengundian di pusat mengundi SJKC Yu Ming 1 & 2, Pekan Nanas
11.05 pagi - Suasana di Pusat Mengundi SK Pengkalan Raja meriah..pengundi makin ramai dan cuaca redup
11.05 pagi - Cuaca di Pusat Mengundi SK Pekan Nanas redup manakala jumlah pengundi makin ramai
11. 45 pagi - Peratusan keluar mengundi setakat pukul 11 pagi adalah 35 peratus - SPR
12.15 tengah hari - Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun tiba untuk memantau proses pengundian di SMK Sri Kukup
12.30 tengah hari - Peratusan keluar mengundi setakat pukul 12 tengahari adalah 43 peratus - SPR
12.36 tengah hari - Setiausaha SPR Datuk Mohamed Elias Abu Bakar tiba di pusat mengundi SK Andek Mori di Pekan Serkat, Kukup bagi meninjau proses pengundian
1.30 tengah hari - Calon Bebas Faridah Aryani meninjau pusat mengundi di SJKC Yu Ming 1&2, Pekan Nanas
2.15 petang - Peratusan keluar mengundi setakat pukul 1 tengah hari adalah 50 peratus - SPR
3.02 petang - Peratusan keluar mengundi setakat pukul 2 petang adalah 56 peratus - SPR
3.30 petang - Pengundi, Mohammad Taufiq Taulu, 27, yang baru dua hari keluar hospital kerana retak pergelangan kaki, tidak mahu melepaskan peluang mengundi di Pusat Mengundi SK Penerok
3.33 petang - Peratusan keluar mengundi setakat pukul 3 petang adalah 64 peratus - SPR
4.35 petang - Peratusan keluar mengundi setakat pukul 4 petang adalah 70 peratus
5.30 petang - Pengundian bagi PRK Parlimen Tanjung Piai berakhir 5.30 petang, fasa seterusnya pengiraan dan penjumlahan undi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial