MAIWP raikan 61 pasangan pengantin di Dataran Merdeka [ 20m ago ]

Malaysia tempat sempurna menguji pemasaran produk perkhidmatan - Gobind

Tarikh kemaskini: 15/11/2019
KUALA LUMPUR, 15 Nov -- Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata Malaysia adalah tempat sempurna menguji pemasaran bagi banyak produk dan perkhidmatan memandangkan negara ini kaya ‘microcosm’ di Asia.

Beliau juga berkata, malahan semua bangsa utama ada di negara ini.

“Dengan terdapat begitu banyak demografik dinamik, Malaysia boleh mempertontonkan ke dalam pasaran dunia apa yang boleh dan tidak boleh dalam pasaran,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Ketua Pegawai Pemasaran Malaysia (CMO) 2019 di sini, malam ini.

Gobind juga melihat tahun 2020 sebagai tahun paling aktif dan yang penuh dengan peluang untuk industri pasaran.

Beliau menyentuhi Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik 2020, Tahun Melawat Malaysia 2020, Olimpik Tokyo sebagai contoh, dengan banyak lagi acara pasaran-mengaktifkan yang lain.

Beliau juga berkata bahawa perpindahan Malaysia kepada TV digital ke seluruh negara baru-baru ini tidak sangsi lagi membuka banyak lagi platform kepada pihak pemasar.

Kesan berganda daripada perkembangan ini, katanya, telah menjadikan kerja pembezaan dalam pasaran menjadi lebih mencabar.

“Tetapi di sinilah saya melihat industri ini berkembang maju menerusi inovasi, kreativiti dan persaingan. Anda semua mempunyai tugas besar yang menanti dalam hubungan ini.

“Tetapi saya yakin anda akan menerima cabaran ini dan mendapati perjalanannya berinspirasi dan ada ganjaran,” kata Gobind.

Ketika berucap, menteri berkenaan menjelaskan bahawa Media Specialists Association of Malaysia baru-baru ini melaporkan bahawa perbelanjaan pengiklanan digital bagi suku pertama tahun ini sahaja mencecah RM335 juta, memaparkan pertumbuhan sihat meskipun di tengah-tengah sentimen berhati-hati semasa dalam industri ini.

“Ini menunjukkan industri pemasaran digital Malaysia terus tumbuh, dengan mencatatkan peningkatan 20 peratus dalam pelaburan digital, tahun ke tahun,” kata Gobind.

Beliau juga melihat bahawa dalam era berita palsu dan sensasi ketika ini, beliau percaya rakyat Malaysia menjadi lebih berilmu dan matang dalam pemikiran.

“Industri pemasaran mempunyai peranan dalam hubungan ini, saya amat yakin kewajaran adalah mantra baru dalam mendapat dan berhubung dengan pengguna.

“Terdapat trend menegak dalam menjalinkan hubungan erat antara peniaga dan pengguna dan peningkatan dalam media sosial, orang akan berkongsi hantaran mengenai produk atau perniagaan jika mereka dapati ia lebih menyakinkan dengan jujur dan sahih,” katanya.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu