GAZA CITY, 14 Nov -- Gencatan senjata berkuatkuasa di Gaza pada Khamis selepas dua hari pertempuran berdarah melanda bandar itu, lapor agensi berita Anadolu.
Kumpulan Jihad Islam berkata pihaknya akan menghentikan serangan selepas Israel bersetuju dengan gencatan senjata yang diusahakan oleh Mesir.
Jurucakap kumpulan Jihad Islam Musab Al-Braim berkata gencatan senjata dikuat kuasa di Gaza pada 5 pagi waktu tempatan (0300GMT).
Jurucakap tentera Israel juga mengesahkan mengenai gencatan senjata itu.
Pertempuran tercetus selepas Israel membunuh komander Jihad Islam terkenal Bahaa Abu al-Atta, menyebabkan 34 rakyat Palestin maut dan lebih 110 orang cedera.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial