KUALA LUMPUR, 13 Nov -- Ribut Tropika Kalmaegi kini berada kira-kira 288 kilometer (km) ke timur laut Samar Island, Filipina.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini, ia kini bergerak ke arah barat pada kelajuan 15km/j dengan kelajuan maksimum boleh mencapai 65km/j.
Berdasarkan pencerapan setakat pukul 8 malam tadi, jarak terdekat ribut itu adalah timur laut Sandakan di Sabah iaitu sejauh kira-kira 1,292km berbanding 1,405km pagi tadi.
Bagaimanapun pergerakan ribut tropika itu tidak memberi kesan signifikan kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial