AM

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

18/10/2019 04:51 PM

IPOH, 18 Okt -- Kementerian Kesihatan tidak menolak kemungkinan kes kematian seorang lelaki di Manjung akibat Zika berpunca daripada jangkitan virus tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata siasatan dan tindakan susulan sedang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan. 

"Besar kemungkinan penyakit Zika (jangkitan) itu adalah asal dari tempatan berdasarkan siasatan. Penyiasatan selanjutnya sedang dijalankan. 

"Untuk makluman, kes Zika pernah dilaporkan pada tahun 60-an di Bentong, Pahang," katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama di sini hari ini. 

Dr Noor Hisham mengulas mengenai kematian  seorang lelaki berumur 30 tahun akibat virus Zika awal pagi ini dan kes jangkitan itu adalah yang kesembilan dalam negara sejak 2016.

Mangsa yang disahkan positif jangkitan virus Zika berdasarkan ujian pengesahan dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pada 13 Okt lalu meninggal dunia di Hospital Manjung kira-kira 4.45 pagi tadi. 

Virus Zika disebarkan menerusi nyamuk Aedes  iaitu nyamuk sama yang menyebabkan penyakit demam denggi dan chikungunya. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan