KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Kerajaan menambah peruntukan bagi membantu institusi dan usahawan Bumiputera menerusi Belanjawan 2020 selaras dengan tema belanjawan itu iaitu ‘Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama’.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, jumlah peruntukan itu ditambah kepada RM8 bilion dalam Belanjawan 2020 berbanding RM7.6 bilion 2019.
Katanya jumlah itu meliputi peruntukan sebanyak RM6.6 bilion kepada institusi Bumiputera yang fokus dalam pendidikan seperti Universiti Teknologi MARA dan Yayasan Peneraju.
Selain itu, RM1 bilion pula bagi membantu pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera melalui Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) dan SME Bank.
“Sebanyak RM445 juta diperuntukkan untuk program keusahawanan di bawah TEKUN Nasional, SMECorp, PUNB, PHB dan TERAJU,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial