AM

Wanita warga emas terselamat dari tanah runtuh

10/10/2019 12:33 AM

IPOH, 9 Okt -- Seorang wanita warga emas terselamat dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah rumah di Kampung Padang Tamat, Pengkalan Hulu di Gerik hari ini.

Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.30 petang.

"Bagaimanapun, seorang wanita warga emas berumur linkungan 60-an yang ketika itu berada di rumah tersebut, terselamat kerana tanah runtuh itu hanya terkena di belakang kediaman itu dan tidak melibatkan sebarang kerosakan.

"Anggota APM telah membuat pemantauan di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Sementara itu, beliau berkata berlaku dua kejadian banjir kilat di Kampung Tersusun Air Kuning, Kampung Gajah dan Kampung Sungai Segar, Ijok, dekat Selama.

“Bagaimanapun banjir kilat yang berlaku petang tadi di Kampung Tersusun Air Kuning telah surut.

“Manakala keadaan banjir di Kampung Sungai Segar, Ijok yang baru sahaja melanda kawasan itu malam ini sedang dalam pemantauan oleh anggota APM Selama,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan