SOJC: Malaysia kalahkan Jepun, akan betemu lagi untuk tempat ketiga, keempat [ 4h ago ]

Program tukar sampah dengan syiling emas

Tarikh kemaskini: 03/10/2019
JAKARTA, 3 Okt -- Pemerintah (Pihak berkuasa) Kabupaten Raja Ampat, menawarkan syiling emas sebagai pertukaran untuk sampah sarap bagi memastikan kepulauan yang semakin popular sebagai destinasi pelancongan terkemuka di Indonesia itu, kekal bersih.

Memetik laporan agensi berita Antara, bersempena Festival Bahari (Maritime Commemoration) pada 19 hingga 22 Okt ini, penduduk atau pelancong boleh menukar sampah plastik seberat 15 kilogram dengan 1 gram syiling emas.

Menurut Ketua Dewan Pimpinan Cabang Himpunan Pramuwisata Indonesia Raja Ampat (Pengurus Lembaga Pelancong Raja Ampat), Ranny Iriani Tumundo, program pertukaran sampah dengan syiling emas itu akan diadakan di Pantai Raja Ampat bagi mendidik masyarakat setempat dan pelancong kepentingan memulihara alam sekitar.

Kepulauan Raja Ampat, yang terletak di bahagian barat Provinsi Papua Barat, terkenal dalam kalangan penyelam kerana keindahan batu karang, panorama kepulauan yang memukau, dan kini diiktiraf sebagai “syurga laut” tercantik di dunia.

Kepulauan Raja Ampat terdiri daripada empat pulau utama iaitu Pulau Waigeo, Pulau Misool, Pulau Salawati dan Pulau Batanta.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu