BERITA TERGEMPAR   Thailand's Constitutional Court Tuesday suspended PM Paetongtarn pending deliberation of a leaked phone call case | 
 AM

Dr Siti Hasmah hadir Festival Kebudayaan Antarabangsa

19/09/2019 09:57 PM

CYBERJAYA, 19 Sept -- Isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hari ini meluangkan masa kira-kira sejam menyaksikan pelbagai jenis budaya dari seluruh dunia yang dipertontonkan pada Festival Kebudayaan Antarabangsa Malaysia di Universiti Limkokwing di sini.

Dr Siti Hasmah pada festival itu turut melawat lebih 100 gerai yang menampilkan pelbagai kebudayaan dari serata dunia dan beramah mesra dengan para pelajar.

Beliau turut dipersembahkan sebuah potret wajah beliau dan suami, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dilukis oleh pensyarah universiti berkenaan, Simon Lum.  

Sementara itu, Timbalan Presiden Penjenamaan, Kreativiti dan Pembangunan Bakat Universiti Limkokwing, Datuk Tiffanee Marie Lim berkata festival sehari itu menerima peningkatan penyertaan iaitu sebanyak 130 negara berbanding 110 penyertaan pada tahun lepas.

“Kami tidak pernah membayangkan festival oleh pelajar kami ini akan menarik ramai orang daripada pelbagai latar belakang dan negara.

“Festival ini sebenarnya turut membawa satu mesej yang ingin kita sampaikan kepada orang ramai bahawa para cerdik pandai juga harus mengenali semua jenis kebudayaan dan perbezaan manusia daripada pelbagai lapisan masyarakat,” katanya ketika ditemui pemberita pada festival itu. 

Selain itu Lim berkata objektif festival itu adalah untuk mempamerkan bahawa masyarakat yang mempunyai perbezaan latar belakang dan budaya juga boleh bersatu dan hidup dengan aman di bawah satu bumbung. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan