Majistret direman disyaki terima rasuah [ 17m ago ]

Auditorium, kelas SMK St Micheal terbakar

Tarikh kemaskini: 17/09/2019
ALOR SETAR, 17 Sept -- Sebuah auditorium dan dua kelas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Michael, di sini terbakar namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Penolong Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.14 tengah hari tadi dan tiba tujuh minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan bahagian siling dan bumbung yang terbakar antara 15 hingga 20 peratus. Siling bangunan tersebut dilapisi dengan fiber menyebabkan berlaku asap tebal,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata seramai 17 pegawai serta anggota bomba terlibat dalam proses memadamkan kebakaran itu.

Menurutnya, kebakaran berlaku di sebuah blok yang sedang dalam proses pengubahsuaian dan punca kejadian masih dalam siasatan.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu